Wednesday, 22 February 2012
Tuesday, 7 February 2012
MEREKA (nostalgia Buat Anak-Anak Pendidikan Khas)
Mereka itu seperti kita
Ada hati ada rasa
Dahaga belaian mesra. Dipelihara jiwanya
Diberi perhatian potensinya
kasih sayang yang tiada beza membeza
Kenali mereka kita kenali
Kuasa Yang Esa
Kenali mereka kerdilnya
Kita...
Anugerahnya ini amat istimewa
Iktibar buat kita menginsafinya
Justeru jangan lupa hakiki
Mahakuasa azali...
Dalam kurang ada nilai
Dalam diam ada rasa
Dalam gelap ada cahaya
Dalam duka ada tawa
Manusia seperti kita
Usah butakan matahati
Kesempurnaan itu
Ada pada semua
Kerana harga diri
Dan maruah kita
Adalah bersama mereka
Manusia istimewa disisi NYA...
Nukilan: Datin Cikgu Rahimah Hj. Ghazali
Friday, 3 February 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)