Sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di dalam daerah Bera, Pahang Darul Makmur. Sekolah Menengah Kebangsaan (LKTP) Purun telah dibuka pada 03 Januari 1978. Pada 1 Mei 2004 pula Kelas Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) pula telah dibuka. SMK Purun merupakan sebuah sekolah yang pertama di daerah Bera yang menubuhkan Kelas Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP).
Kelas PKBP dibuka dengan
misi iaitu mendidik dan membimbing pelajar mengamalkan tingkah laku, sikap positif dan berdikari dalam menguruskan kehidupan seharian serta menjadi warganegara Malaysia yang berguna.
Visi kelas PKBP SMK Purun pula ialah kelas integrasi pendidikan khas SMK Purun menjadi institusi pendidikan yang menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengikut tahap keupayaan dan kebolehan pelajar.
Pada awal penubuhan kelas PKBP SMK Purun, empat orang murid perintis PKBP telah didaftarkan oleh En. Md Suhar Bin Ab. Wahab selaku Penyelaras Program Pend. khas PKBP SMK Purun. Empat orang murid tersebut merupakan pelajar dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Mayam. Mereka adalah Muhamad Hajri B. Ismail dari Felda Purun, Siti Fatihah Bt Mat Yahaya dari Felda Purun, Sarifah Bt Ismail dari Felda Bukit Kepayang dan Siti Nor ilyani Bt Jaini dari felda Maya.
No comments:
Post a Comment